Monday, January 31, 2011

award : thnx budak aras! =)


dapat award ni dari cik kacang panjang akak ned. thnx ye
 =)



ucapan :
dah macam dapat award red carpet pulak ada ucapan bagai. HAHA. btw, thnx a lot ye budak aras. sem depan xde da la nak dengar org jerit2 suruh simpan baldi ke ape. HAHA


4 ciri lelaki idaman : 
xtau la apa rasionalnya soalan ni dengan award yang diberi tu. tapi jawab jela kan~ 
understanding / cool / tak cerewet / SETIA


tips mengekalkan hubungan dengan pasangan :
aku bechenta pon xsampai setahun jagung. macam mana nak bagi tips. apa-apa pun, yang paling penting dalam relationship adlh trustworthiness. xpercaya then how will you guys survive kan~


pernah anda terjumpa doa pendekat jodoh atau putus cinta? :
kalau pernah jumpa dah lama aku amalkan, biar cepat sikit jodoh sampai. HAHA



monolog : entah kenapalah lately ni selalu tak ada mood dengan "beliau". =.=

Friday, January 28, 2011

Day 3 : A Picture of You and Your Friends


my beautiful, crazy, insane, superb friends. =)

missing one person here, Zuol aka Zulaika.



Wednesday, January 26, 2011

Contest Kami Pose Comey

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

saya join contest! tak sangka pulak saya boleh berminat dengan benda ni sume. hehehe
thanx cik Syafiqah sebab tag saya =)
1st time nih join contest2 yang macam ni. eksaited pulak. hee~


oke, siapa-siapa yang nak join contest ni sila sila silalah klik banner ni ye =)


mahu mempertaruhkan pix...

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

tak kesahla comel ke x, (tapi rasa macam comel jugak HAHA)

saya join contest ni sebab sebelum ni tak pernah join mana-mana contest. kira ni macam my first try la~ =)


oke saya mahu tag :
kak ieqa aka belog ieqa swetluv.
dan juga miss nunamu!


oops jangan lupa ye, tarikh tutup penyertaan --> 25 Feb 2011

Tuesday, January 25, 2011

Bad Day

Hye hye hye..

hari ni merupakan hari mood-tak-berapa-nak-baik aku. Btw, thanx lah pada BELIAU yang pagi-pagi lagi dah buat aku boleh kena serangan darah tinggi serta-merta.

PADAN MUKA KAU AYU. Mungkin tu la perkataan yang paling sesuai untuk aku pada hari ini. Siapa suruh pakai headfon and kuatkan volume sampai maksimum, and then tau-tau je bilik aku dah penuh asap. Rupenya ada operasi forging. Heh. Sakit hati betul aku dengan diri sendiri. Takkan nak sakit hati kat pakcik forging tu pulak kan? Tu la dia, siapa suruh tengok HANA YURI DANGO sampai tak ingat dunia? Kan tak pasal-pasal orang pelik tengok aku turun saing dengan pakcik forging? Pakcik tu habis forging kat aras aku, aku pun dok ikut die turun.

“pakcik, dah sudah ke? Jom turun sama-sama?”

Heh tekezut pakcik tu tengok aku sajak je kua dari bilik. Padahal aku dah nak mati kelemasan pengsan dalam bilik tu kot. Nasib baik aku sempat cover Cik Yuyu aka lappy aku tu dengan towel. Sorry cik towel, terpaksa korbankan kau untuk mengaver Cik Yuyu, kau boleh dibasuh, tapi Yuyu tak boleh. HAHA


haaa tu dia..sebelum kua bilik sempat lagik aku snap muke sendirik. sorryla, kadang-kadang aku memang obses dengan camera. ek? macam selalu je. HAHA


monolog : birthday kakak dah semakin dekat. nak bagi hadiah apa ye??

Monday, January 24, 2011

Day 2 : The Meaning Behind Your Blog Name


corat coret clorets

entahla..entah mana aku dapat aku pun tak tau. sudden idea. HAHA. aku bukanla blogger tegar so ak mane la reti nak letak name bagai nih. ape-ape je yang terlintas, itulah yang aku letak. kebetulan masa tu tengah mencoret sesuatu di atas kertas, jadi tertimbullah nama blog yang tak berapa nak commercial ni kannnnn. =p 

corat coret : kebebasan untuk aku menulis dalam ruangan sediri, kalau tak puas hati dengan apa yang aku tulis, tak payahlah baca kan? ade pulak aku kesah? HAHA 

clorets : emak sangat suka makan gula-gula clorets + macam ada kesinambungan pulak dengan corat coret tu.



pesanan penaja : kalau kau taknak aku kacau kau, kau jangan kacau aku. what u give u get back lalink! =D

Sunday, January 23, 2011


saya sayang mereka.sungguh.sangat.terlalu.
Tuhan, tolong lindungi mereka.

Babe, u know that i will always be by your side. PLEASE. jangan pendam sorang-sorang k?

mood : risau  =.=

Saturday, January 22, 2011

Day 1 : A Recent Picture of You and 15 Interesting Facts About Yourself.

*kepala kena potong.*

15 interesting facts about myself :

1. hmm im not that interesting. im no extraordinary people. im not even a Addin nor Hlovate even i love them too much! =p

2. i love cupcakes! 

3. i dun care about calories and so on even i hate it when my weight keep goin up. HAHA

4. suke nyanyi dalam toilet. habit yang tak boleh buang. HAHA

5. tak suka matematik. i hate numbers.

6. tak suka menangis tapi sangat cepat menangis bila ada yang menyentuh jiwa.

7. in love with pink. =)

8. i love travelling. =)

9. cepat bosan.

10. selalu lambat pick up. haha

11. i love FOOD!

12. suka pakai shawl.

13. suka pakai high heels.

14. suka baca blog orang.

15. saya suka diri saya sendiri! =D

monolog : huarghhhh ngantoknyeeeeeeeeeee! =,=




Thursday, January 20, 2011

quickie =p

keboringan adalah sesuatu yang membosankan bukan? bukan sahaja bosan, malah amat menjengkalkan. HAHA. jadi berewang ke blog orang adalah sesuatu yang menyeronokkan. =) and i've found something interesting yang boleh dibuat di kala keboringan menyelubungi hari. *ayat xboleh blah!* jom usha!


Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself.
Day 02- The meaning behind your Blog name.
Day 03- A picture of you and your friends.
Day 04- A habit that you wish you didn’t have.
Day 05- A picture of somewhere you’ve been to.
Day 06- Favorite super hero and why?
Day 07- A picture of someone/something that has a big impact on you.
Day 08- Short term goals for this month and why.
Day 09- Something you’re proud of in the past few days.
Day 10- Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad.
Day 11- Another picture of you and your friends.
Day 12- How you found out about Blog and why you made one.
Day 13- A letter to someone who has hurt you recently.
Day 14- A picture of you and your family.
Day 15- Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play.
Day 16- Another picture of yourself.
Day 17- Someone you would want to switch lives with for one day and why?
Day 18- Plans/dreams/goals you have.
Day 19- Nicknames you have; why do you have them?
Day 20- Someone you see yourself marrying/being with in the future.
Day 21- A picture of something that makes you happy.
Day 22- What makes you different from everyone else?
Day 23- Something you crave for a lot.
Day 24- A letter to your parents.
Day 25- What I would find in your bag?
Day 26- What you think about your friends?
Day 27- Why are you doing this 30 day challenge?
Day 28- A picture of you last year and now, how have you changed since then?
Day 29- In this past month, what have you learned.
Day 30- Who are you?



okei! entri day 1st akan dimulakan bila saya sudah tidak dibebani dengan kerja. sekarang ni sedang sibuk dengan  persiapan Hari Terbuka Kolej Kediaman, malam ini gerai-gerai jualan sudah mula dibuka, and people! do come okay? bagi siapa-siapa yang dekatlah. =)


mood : terharu bila si dia meletak gambar sy di blognye. hehehe *gedix!*


Thanx for reading this! =)

Sunday, January 16, 2011

25 random things

assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam 1 Malaysia, salam 1 IPG KDRI *eh? abaikan.haha* sekarang waktu belajar pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu menggunakan komputer. makanya dengan senang hati dan sukacitanya, saya mahu memberitahu rahsia yang agak-agak tak berapa nak rahsia, jadi harapnya acik leha sebelah umah tak baca lah blog aku ni sebab aku nak mengumpat dia. HAHA. *ok aku tipu. aku xde jiran =p*

25 random things adalah satu entri daripada blog cik Syafiqah Salleh, yang aku cilok kerana aku keboringan berada dalam kelas ini.

p/s : Encik, saya mintak maaf sebab main-main dalam kelas Encik. =.=

Okei, here we go!


1. my name is T.N. Idayu which i dun like people to know what is T stands for. =) juz call me ayu. akira will do too. =p

2. Im a student of IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu. bakal guru, InsyaAllah =)

3. manja. nasib baek abang-abang dan juga emak masih larat melayan aku yang manja dan sering homesick ni. =)

4. i love my family. sungguh.sangat.terlalu.sebab tu manja. tehee..suka hangout dengan my dearest kazen Daten Nani dan juga kazen-kazen yang lain. =)

5. im a sensitive one. way too sensitive. =.= but good thing about it is im not gonna let you know what i feel when you hurt my feelings. ciss nak speaking-speaking pulak. ha senang cite aku ni senang sentap, tapi biasanya aku buat-buat cool je dan cakap kat diri sendiri, "nevermind, dia tak sengaja."

7. i love pink. its all about pink! even my bunny slippers pon pink. =D

8. simbol yang paling aku suka adalah love, so tandatangan aku pun ada jugak love tu. =) 

9. aku suke bagi nama gelaran dekat orang-orang yang aku sayang.contohnye Kiah, Davy Jones, Bedah, Voldemort. =)

10. suara aku katon. do i care? NOPE.

11. i love mini dress! 

12. aku tak pandai pakai tudung bawal. sori. =.= tapi sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk memakainya dengan betul. =)

13. ada banyak high heels bawah katil. tak kira la katil kat umah ke katil kat asrama ke. siapa nak pinjam cakaplah ye? kaki aku saiz 4 ataupun 5. HEHE

14. tak suka rokok, but i dun really care if people around me smokes. but please, jangan buat depan aku. semput i taw nyah! HAHA

15. currently in love with DAVY JONES.*But not the real one* gila ke hape nak bercinta dengan manusia sotong? HAHA


16. i love talking to my roomate even she's not responding. HAHA

17. i love my best friends! Hanako Husna, Diana Nordin, Zulaika Abu Bakar dan semuanyalah! =)

18. i love my kakak. Haliza Md Thaib. =)

19. aku tak suka sakit. apa-apa sahaja yang mendatangkan kesakitan, i dun like it. tubuh badan saya amat lemah dan tak dapat nak menanggung kesakitan =.=

20. aku suka berkawad! aku suka jadi commander sebab tak payah sebok-sebok nak hentak kaki lah bagai. kalau jadi comander, bagi arahan pastu buat sikit-sikit dah la..HAHA

21. tak suka orang selekeh. especially LELAKI. mengganggu pemandangan je. hehe

22. suka tengok lelaki yang pakai baju berkolar.

23. suka tengok perempuan pakai t-shirt muslimah. cantek =)

24. selalu ada perasaan nak membetulkan shawl siapa-siapa yang pakai selekeh-selekeh, mengganggu pemandangan taw! =p

25. lastly, aku suka nama AYUAKIRA. =)


Friday, January 7, 2011

saya masih muda!

pejam celik pejam celik aku dah menghampiri usia 21 tahun. (muda lagi taw nyah!) toleh kiri toleh kanan, kawan-kawan dah ramai yang mengambil satu lagi langkah ke hadapan. yang single dah double, yang double? dah menghampiri fasa rumah tangga. aku rasa 21 bukanlah tua sangat,heck langsung xtua lah! tapi bila tengok everybody is taking a step forward, terasa la diri ni dah tua. lone ranger kan? haha. oleh itu, aku dengan rajinnya akan buat tag dr inchek azieze. dah lamaaaaa gila benda alah ni, tapi baru sekarang hati terbukak nak buat. kalo die x personally request soh buat mmg aku xbuat la sebab die xtulis pon nama aku kt situ. hehe.

HOW DO U SEE URSELF IN 5 YEARS FROM NOW?

5 years from now i should be in my 20s lagi, 26, muda lagi bai! haha. masa tu Insyaallah, dah masuk tahun ke dua posting. mungkin di Labuan, who knows kan? =) having my own car, InsyaAllah, senang nak berjimba, senang nk dating dgn boipren yg malas bawak kete. masa tu InsyaAllah, dah berkemampuan nak hantar mak pegi umrah ke Haji ke and bawak mak melancong. *macam besa sgt je gaji aku masa tu hihii* kahwin mungkin xla kan =.= tapi mungkin akan sibuk menghadiri kenduri kahwin rakan-rakan seperjuangan, takpun sibuk pergi hospital sebab membe-membe nak melahirkan anak. aku masa tu tengok jela kan~ huhu. harapnye masa tu, we are still in that so called 'relationship'. InsyaAllah. =)

im not tagging anyone, tapi sape-sape yang ada masalah kebosanan melampau seperti saya, silalah buat ye? =)

monolog : kawan-kawan dah nak kahwin..sodeh ea,,susa la nk bejimba lepas ni ='(

Wednesday, January 5, 2011

malasnya nak balik maktab =.=

oh! sampai sudah aku ke maktab yang TERCHENTA.

*google search*


sem baru, tahun baru. azam baru? hmm entahlah. kadang-kadang aku rasa aku ni tak ada self motivate langsung. whatever it is, when it comes to maktab, segala macam benda positif yang aku tanam dalam kepala masa cuti, hancus lebur macam tu je. sia-sia aku yakinkan diri sendiri dengan benda-benda positif dalam kepala otak. hasilnya? negatif balik. benci betul lah macam ni.

huh how i wish i can finish this quickly. i dun feel like im belong here la. 3tahun, cepatlah berlalu. habiskan study, pergi posting InsyaAllah. nak posting kat Labuan la, ok x? macam melarikan diri pulak nak mintak posting jauh-jauh. haha. xpe, kawen pun lambat lagi, mintak posting jauh xde hal la. haha

semua orang sibuk tulis azam tahun barukan? so aku pun nak jugaklah tulis. *gedik

nak belajar rajin-rajin.
nih propa je nih. muka aku ni ada gaya rajin belajar ke? tapi sebab pointer aku naik sem lepas, semangat nak belajar tu cam berkobar sikitla kannnnn..heheheh

nak kawal budget seketat-ketatnya.
sebab aku ni seorang ayuakira yang sangat teruja dengan high heels,baju-bajan, shawl-shawlan dan juga mekap-mekapan. *haram sungguh bahasa cikgu bahasa melayu nih. sila jangan contohi* so duit memang banyak habis dekat benda-benda tu. hailaa. lagha sungguh!

nak kurangkan aktiviti berfacebook.
haa yang ni pon propa jugak. macamla aku boleh menahan kebosanan duduk kat sini. last-last mesti aku carik jugak lappy and bukak facebook. lepastu duk ngusha wall orang,tengok gambar la, entah apa-apa je. haih aku memang suka stalk fb orang bila aku bosan. haha. so aku kena la carik hobi baru bagi mengurangkan gejala berfacebook nih.

talk less and less and less.
selama ni dalam kelas memang aku tak adalah cakap banyak pun, tapi aku masih mahu mengurangkan aktiviti aku tu. lantaklah orang lain nak cerita apapun, *tapi karang aku pulak macam kera sumbang tak tau apa-apa*, nak duduk diam-diam buat kerja sendiri takpun main game tetris kat enfon. aku tersangatla addicted pada game tetris enfon aku nih. sampai orang cakap dengan aku pun aku boleh buat tak dengar je. khusyuk punya pasal. kan bagus kalau masa aku tengah study aku khusyuk macam tu jugak. =.=

menukar kebiasaan memakai selendang kepada tudung bawal biasa semula.
hmm...requested by someone. aku suka pakai shawl. sukaaaaaaaa sangat sangat sangat sangat!! yela tau, xberapa proper sgt pakai shawl ni, entahlah. kena doa banyak-banyak ni supaya aku kembali menjadi yang asal, yang dulu, yang masa dekat sekolah. =.=

aku rasa azam-azam aku tu semuanya propa belaka. tapi kalau azam tu tercapai, mesti mak aku sayang aku lebih. *oke tu tak ada kena mengena* tapi mungkin jugak mak aku suka tengok aku pakai tudung biasa, sebab dia selalu membebel setiap kali aku beli shawl. hehe

monolog : sy rindu seremban. saya rindu orang seremban. cuti, tolonglah cepat sampai. =.=