Wednesday, July 14, 2010

analogi kasut tumit tinggiku =)

Howdy people!
=)

Nk tnye sikit!
Korang pernah tak memperumpamakan hidup korang dengan benda2 sekeliling korg?
Hmm..haritu, masa aku tengah menulis cerita ceriti, tiba-tiba sahaja aku terDAPAT satu masalah. Masalah datang tiba-tiba, biasalah tu kan. Tak pernah pulak masalah bagi signal or hint apa-apa sebelum dia nak datang kan? Haha.



Nak dijadikan cerita, masa tu pulak aku baru je lepas membeli belah kasut tumit tinggi. Pastu masalah pun datang. Ouh, bukan masalah duit ye kawankawan. Hee.

Terus je aku terfikir, kadang-kadang hidup aku ni macam kasut tumit tinggi lah pulak. Luarannya nampak sangat cantik. Tapi siapa tahu kesengsaraan si pemakai kasut tu kan? Tipulah bila ada orang kata pakai heels tu selesa. Tipu gila! Aku pemakai heels tegar sejak aku tadika ok! Dari heels2 yang murahmurah sampailah yang mahalmahal aku dah pernah pakai. Oh bukan aku yang beli, orang yang bagi. Haha.

Back to the topic, pakai kasut tinggi memang menyakitkan. 1 jam pertama mungkin masih ok. Masuk jam yang kedua, senyum pun tak habis sebab tahan sakit kaki ataupun tahan penat. Masuk jam yang ketiga? Muka kaw memang dah plastik habislah. Nak shopink pon tak jadi. Haha.

Tapi aku masih juga memakai heels! Kenapa? Nampak lah tinggi sikit, hikhik. Tapi pada pemakai wedges tegar, memang jarang ada yang mengeluh penat, sebab apa? Sebab tapak wedges yang penuh membantu kaki kita berdiri dengan stabil dan tapaknya yang penuh tu boleh menampung keseluruhan berat badan kita berbanding dengan kasut bertumit. Alah macam belajar sains, lagi lebar tapak permukaan, lebih stabil sesuatu benda itu kan? See..so simple! =)

yang ni dinamakan wedges ye kawankawan
*ciss mcmlah org xtau..haha

Bagi perempuan seperti aku yang sememangnya TINGGI, memanglah aku prefer pakai heels atau wedges. aku tak kisah sangat. Tapi kalau nak jalan jauhjauh memang aku prefer wedges lah. Selesa! 

yang ni heels ye kawankawan
kasut kuliah sy mcm nilah, tp kdg2 je pakai. Hee~

Jadi macam tulah kehidupan pada aku. Kita mungkin dapat menutup kedukaan dan kesengsaraan kita dari mata kasar orang sekeliling. Tapi tak mungkin kita dapat membohongi diri sendiri tentang kesakitan yang bersarang dalam diri. Kan kan kan?

=)

No comments: