Saturday, July 31, 2010

:: untitled ::

Saya penat.sungguh.sangat.terlalu.
Saya bukan robot yang boleh melakukan semua pekerjaan tanpa rasa penat, lapar dan dahaga.
Saya seorang manusia yang jenisnya adalah perempuan yang lemah serba serbi berbanding lelaki.
Saya penat.
Bukan sahaja dengan tugasantugasan.
Malahan dengan mainan perasaan juga.
Tidak adakah sedikit rasa kasihan dihati kamu melihat saya sering menunggumu?
Tidakkah kamu tahu bahawa saya ini seorang perempuan yang lemah hatinya?
Kamu. Jangan teruskan permainan ini.
Saya tahu, pasti saya yang sakit akhirnya.
HARAPAN.
Itulah yang kamu beri dan saya menerimanya.
Sungguh saya penat dengan semua ini.
Tolong. 
Saya penat dengan semua ini.
Tapi saya juga takut untuk mengakhirinya.
Takut andai saya kehilangan kamu.
Saya mahukan pengakhiran yang baik untuk semua ini.





*I wish dat u read diz entry. For God sake.


Friday, July 30, 2010

kerana aku seorang wanita




Oke, tajuk tu tesangatla menyampah. Bajet wanita btol..haha. Oh minggu ni adalah minggu apresiasi wanita. (sebenarnye dah abes dah pun minggu apresiasi wanita nih).Aku je yang ketinggalan update entri. BTW, ramai xde sape bace, so do i care? Haha.

Tanpa disangka-sangka, aku yang dah lama tak menari ni masuklah pulak pertandingan menari. Siyesly, agak lembut k e r a s la pergerakan aku. Dah bertahun-tahun kot aku tinggalkan dunie tarian. Bukan setakat 2,3 tahun. Last time masa aku form 1 dekat KGV dulu kot! Haila, its about 8 years ago la. Sure la segala tangantangan jarijemari dan juga lenggangan dah tak seperti dahulu. 

Haha, lawak je aku rasa tengok diri sendiri menari. Tak macam dulu langsung! Plus, aku tak pernah berzapin, kat n9 manela pemes sangat zapinzapin ni. Step die pon aku tak pernah tahu. Yang aku selalu buat Joget. Zapin dengan Joget dah tentulah berbeza. Orang Terengganu kate, kerah kekung! Haha. Kekung ke kejung ke lantaklah. Dah lepas dah pun tarian tu.





*tak cukup sorang,saadah pegi mane tah.*


*ni gaye grup korea mane ak pon xingt.wonder girl ak rase*


Even tak menang, aku sangat enjoy menari dengan budakbudak tarian grup aku, Ieqa, Mira, Fiza,Nor, Saadah and Farhani. Latihan ktowg penuh dgn gelak ketawa. =)

Monday, July 26, 2010

Resepi Buat Cik Kimah : Sambal Goreng Ikan Bilis


Huihuihui..

Dah lama tak balik rumah. Huwaaa rindu!!
Rindu mak, rindu along, rindu angah, rindu Daten Nani.
Rindu juga nak memasak. Cewahh macamla pandai sangat masak! Haha.



Duduk rumah harihari masak. Tapi duduk asrama langsung tak boleh masak. Dulu boleh jugak nak pakai rice cooker kalo teringin nak masak, tapi sekarang ni disebabkan peraturan yang semakin ketat ditambah pula dengan kelembutan ketegasan para warden dan barisan penyelia asrama, memang tak ada chance lah nak buat salah. Ngeh3. Jadi secara tidak langsung ia melatih aku untuk lebih berdisiplin. Choii! Poyo gilloss. 

Nak balik rumah! Rindu nak memasak. Biarlah sedap tak sedap mana pon. At least tangan ni digunakan jugak untuk buat keje dapur. Dok sini kejenye un9 jep. Patotlah jemari aku ni kurus bebeno ariari exercise atas keyboard. Kihkihkih.

Jadi harini dengan tidak disangka-sangka, cik Kimah telah bertanyakan aku satu resepi untuk dia masak malam ni. Sebab katanya malam ni turn dia memasak kat umah sewa tu. Macammacam jugak aku bagi nama masakan, tapi semuanya dia rejek tanpa berfikir dua tiga kali. Last-last keluar lah resepi sambal goreng ikan bilis. Wahh sedapnye! Kat sini mana nak dapat masakan tu. Tak dapat de jep! Jadi aku pun bagilah sesimple-simple resepi tu kepada cik Kimah. Mari meninjau sikit resepi simple nih!

*gmbr ni ihsan inchek google*


Bahan-bahan : 

Ikan bilis
Kacang tanah
Lobak Asin (dipotong dadu)
Kentang (dipotong dadu)
Tempe 
Cili kering (dikisar bersama bawang merah dan putih) / cili boh
Asam keping (setengah keping sahaja)

Cara-cara : 
1. Basuh semua bahanbahan tadi secara berasingan. Lobak asin perlu direndam terlebih dahulu supaya rasanya tidak terlalu masin apabila dimakan. 
2. Gaulkan kentang dengan serbuk kunyit sedikit. (fungsinye?? entahlah, dah mak aku buat macamtu aku follow aje.) Hee~
3. Panaskan minyak. Goreng kacang tanah. (tanpa minyak)
4. Goreng kentang dan tutup sebentar kuali dengan penutup supaya kentang cepat empuk.
5. Selepas itu, goreng pula lobak asin, tapi tak payah lama-lama. Dah nampak dia putihputih sikit angkatlah.
6. Seterusnya gorenglah tempe dan ikan bilis tu seperti biasa. Ke tak biasa menggoreng? Haha. No offense. =p
7. Bila semuanya dah siap digoreng, maka kurangkanlah sedikit minyak didalam kuali untuk menggoreng sambal pula. Masukkan cili yang sudah dikisar kedalam kuali. Jangan lupa masukkan asam keping supaya rasa cili itu tak terlalu mentah. Gaulkan ia sampailah warnanya pekat atau kehitaman sedikit.
8. Kemudian masukkan kesemua bahan yang telah digoreng tadi dan gaul rata.
9. Taraaa..dah siap pun. Silalah menjamu selera.

*Kuantitinya ikot suka sendirilah ye. Kalau untuk makan hidangan 4 orang, dua genggam ikan bilis, setengah peket lobak asin, kentang 2 biji, tempe setengah peket dan cili tu ikot lah kesesuain perut si pemakan. Tapi biasanya orang buat untuk hidangan 4 orang 2 sudu besar je.

Selamat mencuba!

[rasanya kalau tak payah resepi pun orang dah tau macam mana nak buat masakan ni. Haha.]

Sunday, July 25, 2010

JANGAN PERNAH BERUBAH

Biarkan waktu teruslah berputar

Mencintai kamu penuh rasa sabar

Meski sakit hati ini kau tinggalkan

Ku ikhlas ‘tuk bertahan



Cintaku padamu begitu besar

Namun kau tak pernah bisa merasakan

Meski sakit hati ini kau tinggalkan

Ku ikhlas tuk bertahan



Kau meninggalkanku tanpa perasaan

Hingga ku jatuhkan airmata

Kekecewaan ku sungguh tak berarah

Biarkan ku harus bertahan



Jangan pernah kau coba untuk berubah

Tak relakan yang indah hilanglah sudah

Jangan pernah kau coba untuk berubah

Tak relakan yang indah hilanglah sudah



Jangan pernah kau coba untuk berubah

Ku relakan yang indah dalam hatinya


Tiba-tiba terasa nak layan lagu ni gara-gara seorang kakak post video lagu ni kat pesbuk wall dia. Haih. Makan dalam kot lagu ni. Huhu. Walaupun duludulu asal aku dengar lagu ni je mesti kua airmata. Tapi sekarang tak dah. Sayu memang sayu, tapi kita kena kuat!

Siyes makan dalam. 
~,~




30 years later...

Dulu an, kalo pasan kat fesbuk tu selalu je ade orang likelike grup yang entah hapehape. Ouh, aku sekali, same je sebuk nak like sana like sini.



Arini, disebabkan bosan yang melampau, maka aku dengan tidak sengaja + sengaja sikitsikit post entri due kali! Haha. Borink! Tak ada apa nak buat! Choiii keje banyak kot nak buat, tapi aku still merewangrewangkan diri dalam fesbuk dan internet mencari entah hapehape.

Disebabkan borink, maka aku pon cek lah profile fesbuk aku tu satu per satu. Benda pertama yang menyapa pandangan adalah basic info. Alah itu aku selalu tengok sebab ada dekat wall aku. Haha. Ouh, aku married kepada Atiqah Jamil. Aku bukan les. Tapi itu sajesaje oke.

Pastu aku pun tertengoklah dekat "likes and interest". Amboi! Aku tak sangka pulak aku dah like sampai 181! Komfem entah grup apaapa je yang aku like. Mesti banyak kena mengena dengan hati dan perasaan. Hahaha.

Tapi aku tertarik dengan 1 grup ni, grup I WOULD LIKE TO SEE ALL MY CLASSMATES WHEN WE'RE 30

Haha. Masa tu dalam kepala otak aku ada semua budakbudak Benzers 0607 SBPIS dan jugak budakbudak batch aku 0307 n 0607. Entah macam mana la agaknya muka sorangsorang an? Mesti ramai yang dah mendirikan masjid. Kalau buat reunion mesti ada yang datang dengan keretaapi di belakangnye..means ada ramai anak-anak la. Haha.

Mesti muka pun dah tak macam dulu, muka sucie je kanak-kanak. Mesti muka dah matang gila, yang perempuan mesti bertambah cantik bertambah berseri dan mungkin juga bertambah berat badan? Hehehe.. yang lelaki mesti bertambah macho, mungkin ada misai janggut or even botak? Haha, dan tak kurang juga yang perutnya kedepan? Hahaha melampau lah imaginasi aku. Kalau reunion umur 50 barulah agaknya ada yang perut kedepan, janggut putih sejemput..kihkihkih

As for Benzers, how will you guys look like?
 Nazif, bertambah tinggikah? 
Owcher, bertambah poyo ke? 
Aizuddin, bertambah tough? 
Rhyno, makin pekat loghat n9?
P dee, dah kawin kot?
Azim, berlaku perubahan ketinggian tak pada kamu? hehe
As and Bob, bertambah berat badan?? =p
Afiq, kahwin tak dengan ehm ehm??
Nizam, mesti dah bertambahtambah kekayaan ko kan?
Fitri! bergiat aktif lagi tak dalam break dance agaknye time tu?
Idin, dah ada anak 5 kot masa tu! Haha
Syahmi, dah tak nakal kot macam duludulu. =p
Zul? Haa pelawak no 1 ni..



Nabeela, aku doakan masa reunion tu nti ko dtg dengan Mr. Yu. =)
Belle, mesti ko dah ada pangkat Ir kt depan nama!
Eqa, pendiam lagi ke? Haha
Dorae, mesti bertambah berseri!
Sk8, aku rasa xde perubahan ketinggian kot. Hee..
Zuol, haaa ni aku tau, anak dah berderet 10 kot! Hahah
Fatin, mesti nama dah terpapang depan majalah arkitek2 terkemuka. =)
Aira? engineer ternama kot~ =)
Rabiatul? nk jd setiausaha eyh? Jangan ngorat bos okeh! Haha
Nadh, mesti dah ada kehidupan yang full of love. =)

*ni mase ari raye,raye kt umh cikgu lazim =)*

*ni masa camping dekat asahan kalo xsalah*

Haih. I miss u guys! Nak pusing masa tak boleh. But i miss those moments duduk dalam kelas yang gila havoc and tak makan saman. I miss those foolish jokes, biarpun dulu aku macam nak mengamuk pun ada jugak bila korang asek melawak tak ingat dunia, tak pernah nak serius. I miss those friends that always supports me in everything I do. And even for now, u guys have always stays by my side, and im thankful for that. Im lucky indeed to have friends like u!

I LOVE U BENZERIANS!

Bina Insan Guru : Khidmat Masyarakat



Hye people! 
=)

Today is Saturday, tomorrow is Sunday which means i have classes to attend. Haih. I wish the government can give us an extra hols. Barulah best! Haha.

Ada apa dengan hari Sabtu? Oh hari ni pg2 lagi aku dah bangun, seawal jam 6, aku dah terpacak depan pintu bilik air. Oh aku tipu je, pukul 6 alarm baru je bunyik dan aku sedang bermimpi aku menuju ke bilik air. Haha. Tepat jam 7 entah berape pagi, aku dan kengkawan pon mencangak la dekat tempat bas.

Naek bas. Dah lama gila kot tak naek bas. Sem lepas? Masa BIG jugak. That was a long time ago lah. Ok den, macam biasalah, bila dah naik bas, mata pun sayupsayup je mintak tido. Jadi aku dengan selambanya tidur sepanjang perjalanan.

8.45 pagi. Eh dah sampai! Maka setelah sesi bergambar sanasini, kami pon memulakan tugas masing-masing.
Aku bertugas di dalam surau. Oke, surau itu xde la besau mane..macam saiz surausurau yang lain jugak. Tapi ya Allah, penatnye memvakum karpet tu. Lepas vakum, aku sapu pulak manual, pakai penyapu lidi. Saket pinggang toksah cakapla. Rasa cam nak patah pinggang pun ade jugak. Haha. Almaklomlah, mokcik ni dah lame x menyapu kt umah, sumenye cik vakum yg buat. Senang sikit. Ngeh3.

*penatpenat mengemas amek la pix dlu*



*bajet macam budak kampung yg baik la tu haha*


Enuf of that. Oh aku suka bila tiba masa makan! Nasi putih + ikan singgang + ayam goreng + ikan masin + gulai labu + salad + ulam pegaga + timun and not to forget, pembuka selera, SAMBAL BELACAN! =)

H.E.A.V.E.N

Kalo part makanmakan, memang sampai bila pon tak boleh tolak. Jangan tolak rezeki beb. Tuhan tak suke. Ngeh3. Lepas makan, ada sesi motivasi pulak. Haih, memang tak kering gusi dengar Baha bagi ceramah. Seronok!


Itu ini itu ini, petang pon menjelma dan menjemput kami pulang ke maktab. Oh sedih! Makcikmakcik pakcikpakcik adikadik semuanya baik belaka. Rasa sayang nak balik pulak. Huhu. Seronok bergotongroyong tambahan pula dihidangkan dengan masakan kampung yang memang umph! Gwa sayang lu oL lbey la der! =p

Kampung Mak Kemas in memory. Nanti ada masa kami datang lagi!


Wednesday, July 21, 2010

laparlaparlapar

Saya lapar.
Bila saya lapar, saya tak ada mood.
Bila tak ada mood, cepat je na melenting.
Bila melenting, mesti menangis.
Bila menangis, mesti saya teringat si dia.
Bila teringat si dia, mesti lagi kuat nangis.
Bila dah nangis kuatkuat, mesti penat.
Bila dah penat, mesti tertidur.
Bila bangun tidur, mesti mata sembap.
Bila mata dah sembap, mencanak mekap muka supaya hilang sembap.



Haih.Kenapa suka sangat menangis?
Tak boleh ke kalau kuatkan sikit hati?
Tak boleh ke bertahan sedikit?


Wednesday, July 14, 2010

analogi kasut tumit tinggiku =)

Howdy people!
=)

Nk tnye sikit!
Korang pernah tak memperumpamakan hidup korang dengan benda2 sekeliling korg?
Hmm..haritu, masa aku tengah menulis cerita ceriti, tiba-tiba sahaja aku terDAPAT satu masalah. Masalah datang tiba-tiba, biasalah tu kan. Tak pernah pulak masalah bagi signal or hint apa-apa sebelum dia nak datang kan? Haha.



Nak dijadikan cerita, masa tu pulak aku baru je lepas membeli belah kasut tumit tinggi. Pastu masalah pun datang. Ouh, bukan masalah duit ye kawankawan. Hee.

Terus je aku terfikir, kadang-kadang hidup aku ni macam kasut tumit tinggi lah pulak. Luarannya nampak sangat cantik. Tapi siapa tahu kesengsaraan si pemakai kasut tu kan? Tipulah bila ada orang kata pakai heels tu selesa. Tipu gila! Aku pemakai heels tegar sejak aku tadika ok! Dari heels2 yang murahmurah sampailah yang mahalmahal aku dah pernah pakai. Oh bukan aku yang beli, orang yang bagi. Haha.

Back to the topic, pakai kasut tinggi memang menyakitkan. 1 jam pertama mungkin masih ok. Masuk jam yang kedua, senyum pun tak habis sebab tahan sakit kaki ataupun tahan penat. Masuk jam yang ketiga? Muka kaw memang dah plastik habislah. Nak shopink pon tak jadi. Haha.

Tapi aku masih juga memakai heels! Kenapa? Nampak lah tinggi sikit, hikhik. Tapi pada pemakai wedges tegar, memang jarang ada yang mengeluh penat, sebab apa? Sebab tapak wedges yang penuh membantu kaki kita berdiri dengan stabil dan tapaknya yang penuh tu boleh menampung keseluruhan berat badan kita berbanding dengan kasut bertumit. Alah macam belajar sains, lagi lebar tapak permukaan, lebih stabil sesuatu benda itu kan? See..so simple! =)

yang ni dinamakan wedges ye kawankawan
*ciss mcmlah org xtau..haha

Bagi perempuan seperti aku yang sememangnya TINGGI, memanglah aku prefer pakai heels atau wedges. aku tak kisah sangat. Tapi kalau nak jalan jauhjauh memang aku prefer wedges lah. Selesa! 

yang ni heels ye kawankawan
kasut kuliah sy mcm nilah, tp kdg2 je pakai. Hee~

Jadi macam tulah kehidupan pada aku. Kita mungkin dapat menutup kedukaan dan kesengsaraan kita dari mata kasar orang sekeliling. Tapi tak mungkin kita dapat membohongi diri sendiri tentang kesakitan yang bersarang dalam diri. Kan kan kan?

=)

Tuesday, July 13, 2010

morning peeps!

sy demam!
oke..tp itu xmenghalang diri saya untuk mengonlinekan diri. Ngeh3.

ouh.Terlupa. Selamat pagi! =)



Tak ade ape yang nak diceritakan sebenarnya. 
Saya menulis kerana saya bosan. 
Saya menulis kerana saya gembira. Saya menulis kerana saya sedih.
 Saya menulis kerana saya kecewa. 
Cewahh. Gedik! Haha.

Bilalah agaknya i can achieve full happiness in life? (ciss mcm lah tak pernah happy sebelum ni.) Haha. Itulah kan? Sekali kita kecewa mesti banyak kali je nak cakap kita tak pernah mengecapi kebahagiaan hakiki. Saya macam tu lah. Terluka sikit mesti dah melatah. Orang buat sikit mesti dah mengeluh. Orang mengata sikit cepat je nak melenting. 

Heh, saya memang macamtu. Cepat marah, then a few mins later u'll find me in a very good condition. Cepat marah, n terlalu cepat cool. Ada orang kata tak boleh cepat sangat cool. Nanti orang suka pijak kepala. Alah dengan saya senang je. Kau jentik aku sekali, triple aku jentik kau.

Arini tak de kelas pagi, sebab tu saya rajin sangat online. Kalau x, mesti dah mencanak pegi madi, carik baju nak pegi kuliah. Ngeh3.

Ok, till den.. 
Daaaaa~

Thursday, July 1, 2010

eh? aku dapat award?

mie : ayu nanti pegi tengok blog mie.
ayu : knpe? ade ape?
mie : tengok ajalah nti..
ayu : okiedokie..


ouh!
rupe-rupenye inchek Helmi telah memberikan award kepada cik Ayumi lah!
Haha.
Tak penah pulak aku sangka.
Manelah aku reti sangat nk main blog2 ni..
Tapi xpe..
Demi menghargai kebaikan inchek Helmi 
kerana
dengan baik hatinya telah bagi aku award..
Maka aku buat jgk entri ni..
Hehe..
Tengkiu inchek Helmi!




1. Menarik tentang diri anda??
-entahlah,,ade org kate aku ni kuat merepek..menarik ke?? haha-

2. Ramalan anda tentang pemenang World Cup tahun ni?
-mengikut ramalan kaji cuaca kitab adaakukesahke, 
mungkin SPAIN yg menang walopon ak nk GERMAN yg menang! hee~

3. Kale baju anda hari ini?
-PINK! (penah pulak ak pkai bj kale laen?) haha

4. Laman sosial kegemaran anda?
-pesbuk lah jep! pastu diari bergerak ak yg sgt dikasihi!
=)


5. Kasi kat 5 org yg dpt award ini:
5? Haila..follower ak pon boley kire dgn jari je bpe kerat,,kihkihkih
nk bg balik dekat inchek Helmi boleh ke? haha
rase mcm nk bg dekat sifu ak je..
kak ieqa swetluv..
tu jela kot..ak xtau lah nk bg sape..
hehe


btw..
tengkiu muchomucho kpd inchek Helmi kerana telah memberi award ni..
=)