Monday, June 14, 2010

:: kecantikan adalah hak milik setiap insan ::

Haih.Aku geram betul dgn manusia-manusia yang suke merendahkan orang. Maksud aku bukanlah menjadikan diri mereka rendah ye. haha.

Tuhan telah menjadikan setiap manusia ciptaannya sebaik mungkin. Indah dan cantik bukan dari satu sudut sahaja. Kau, aku, dia, mereka. Mungkin kita tak mempunyai rupa paras yang menawan macam Maya Karin, kita tak ada body yang hot macam Angelina Jolie, pakwe yang hensem macam Brad Pitt, ketinggian macam Nicole Kidman. Tapi aku sangat pasti kita ada keistimewaan kita sendiri, mungkin xdapat dilihat dengan mata kasar. Ada orang yang mukanya mungkin x seindah Lisa Surihani, tapi budi bahasanya macam wanita Melayu terakhir. Mungkin x se hot Inul, tapi murah dengan senyuman.

source : google image

Biar muka xlawa, tapi hati InsyaAllah baik. Itulah yang kita cari! Bukannya muka lawa + body hot macam Kim Kardashian tapi perangai, Nauzubillah! Mintak dijauhkan Tuhan. Bukanlah aku nak kata aku ni baik sangat, tapi betul ni, aku sangat tak suka dengar orang kata macam ni : 


"Eh, muka dia banyak jerawat! Macam mana boleh dapat pkwe hensem??"
"Alah x heran, aku lagi lawa dr die."
"Pkwe kurus, awek gemok. Tak malu ke?"


Haila..macam-macam lagilah. Tak payah aku tulis, mesti korang yang baca [kalau ade yang baca lah haha] dah tau kan ayat-ayat lazim macam ni? Kot ye pon nak ngumpat, dalam hati sudahlah jep. Tak payahlah sampai nk cakap kuat-kuat kat public. Tu namanya menjatuhkan air muka orang. Cuba kalau orang cakap macam tu dekat kau depan-depan public? [oh maaf, bukan public phone ye]. Malu kan? Terasa macam maruah diri diinjak-injak ke tanah.

Kadang-kadang mulut memang sedap mengata, tapi cuba kita mirror ourselves. Kita kata muka die banyak jerawat. Entah-entah muka kita yang berkata ni pon sama saja 2x5 jerawatnya. Kita kata dia gemuk, tgk la perut masing-masing, tak ada spare tyre ke? Dia xcantek tapi pkwe hensem, eeh? Kau yang berkata tu ada pulak pakwe? Sebab tu lah orang selalu berpesan, sebelum berkata-kata fikirlah dulu. Our words might hurt others. Kita sangat sensetif bila ada orang mengata kita, menegur kita, tapi pernahkah kita fikir bila kita mengata orang, menegur orang, orang tu pun berperasaan yang sama?

*Semua apa yang telah aku carutkan diatas adalah peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa yang membaca. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita. Aku pun mengumpat jugak. Haha. Sebab aku tak sempurna.*

2 comments:

..::Elm3 Ak3M::.. said...

terima kasih..kerana menyedar kan orang dari mimpi
mulut mmg senang melafazkan..tapi ssh nak tarik balik..
mugkin apa yang kita lafazkan mmg sng mengguriskan ati org lain..tapi mmg ssh kita nak ubati dia balik..

ayumi pinkahana said...

btol..
kdg2 kite x sedar ape kite ckp..
tp tula kan..
ni sekadar peringatan utk diri sendiri..
^_^