Kebelakangan ni, sindrom malas belajar makin menjadi-jadi. (tapi sememangnya aku bukan stok kanak-kanak riang yang suka belajar). Asal ada kuliah je mulalah jari-jari aku gatal menconteng kertas yang sepatutnya diisi dengan nota-nota berguna supaya masa exam nanti tak adalah tergadak aku nak pergi cari nota. But seriously, MALASSSSSSSSSSSSSSSSS. Kalau tak menconteng, maka aku akan mengelamun dan berangan. Haih. Apa nak jadi, tak tahulah.
Kalau kelas tengah hari lagilah tak boleh blah. Entah berapa juta kali aku menguap pun aku tak tahu. Asal lec bagi take five, kompem aku dok luar lelama. (sila jangan contohi sikap keji aku ni. Haha) Makin best dok luar lelama ni sebab apa? Sebab aku ada geng yang sama maca aku, bosan dalam kelas.
Bila nak hari Rabu nih? Tak sabar nak pulang ke pangkal jalan -seremban-
notakakiwangi : kadang-kadag terasa hati jugak dengan apa yang kau tulis, tapi tak tahu nak cakap macam mana.
notakakiwangi : kadang-kadag terasa hati jugak dengan apa yang kau tulis, tapi tak tahu nak cakap macam mana.
No comments:
Post a Comment