Friday, August 12, 2011

Lelaki, Rantai dan Gelang.


*Google image courtesy*

Bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki tersebut:”Apakah bendanya ini”? Lelaki itu berkata:”Ia adalah gelang perubatan”. Rasulullah bersabda: “ Sesungguhnya benda itu tadak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekirannya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya (Sahih riwayat Imam Ahmad).
(sumber
Kenapa agaknya lelaki memakai gelang dan rantai? Trend? Atau untuk tujuan perubatan? Depends. Tapi pada akulah, kalau saja-saja nak pakai gelang nak pakai rantai sebab rasa-diri-tu-macho-lagi-hensem bila pakai rantai, forget it. Tak adalah hensem mana. Tak adalah macho mana. Rantai dan gelang bukanlah fitrah seorang lelaki sepertimana perempuan. 

Berkaitan dengan pemakaian rantai leher pula, bila ditanya “ kenapa pakai rantai leher?” ramai menjawab: “rantai ini bukan dari jenis emas atau perak”.  Persoalan di sini bukanlah jenis buatannya sama ada rantai emas, perak, besi ataupun tembaga. Menurut  Islam rantai leher merupakan salah satu alat perhiasan bagi wanita sahaja.  Haram meniru atau menyerupai wanita sama ada dari segi alat perhiasan ataupun pakaian. Amat beratlah kesalahannya jika tujuan pemakaian rantai leher itu bertujuan untuk meniru agama, anutan, ajaran agama lain, maka hukumnya haram, bersandarkan sebuah hadis:

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia akan tergolong di dalam kaum berkenaan.” (Riwayat Abu Daud).
(sumber)


Notakakiwangi : satu hari nanti, aku akan jadi seorang ibu, dan InsyaAllah selagi Allah s.w.t tidak menarik segala nikmat ingatan yang ada padaku, aku tidak akan mengahwinkan anak perempuanku kepada seorang lelaki yang memakai rantai dan yang seumpama dengannya. Sedangkan hukum pemakaian rantai pun dia tidak cakna, bagaimana nanti dia akan mengemudi bahtera perkahwinan dan mendidik anak serta isterinya dengan cara yang diredhai Allah? Kata Benz Aliff dalam Aa+Bb, rumah tangga semua orang ada, tapi rumah tangga Islam, bukan semua orang ada. 

Notanotakakiwangi : sedang muhasabah diri sendiri. =,=

2 comments:

eyda !nukilanku! said...

suka beb . bsok glang n rntai to la yg gntong dorg kt nraka .

Unknown said...

semoga Allah melindungi keluarga kite dr bnde2 xelok mcm ni~ =,=