Friday, March 18, 2011

Dear Diary Yuyu..

Dulu, masa aku kecik-kecik, aku sukaaaaaa tulis diary. Infact, sekarang pun aku masih tulis diary, sebabnye bila aku marah n tak dapat nak luahkan, diar la akn jadi mangsa. Kira macam terapi utk menenangkan diri sendiri jugakla fungsi diary aku tu. Nama diary aku semuanya Yuyu. Alah, nama lappy aku pun Yuyu, basikal aku pun Yuyu. Hak milik aku kebanyakkannya memang bernama Yuyu. hee~ Malam tadi, entah kenapa tergerak hati nak bukak balik diary lama, masa zaman aku sekolah rendah dulu. Tapi aku tak baca pon, sebab, siyesly aku malu nak baca. HAHA. Gosh, kalau ada orang jumpa diary aku and baca, memang tak tahulah mana aku nak campak muka ni. haha.



Tapi ape yang aku jumpa lepastu lebih menarik. A box of.....



 Hmm..surat chenta! haha. 
(boleh amek gambar kotak je. secret and confidential surat2 tu sume.hehe)

dulu mak aku anta p skolah jauh-jauh suh blaja, tapi aku sebok bechenta. tu pasal xpandai and tak dapat fly. haha. but i have no regrets. =) benda dah jadi kan? =) frankly, aku dah lama tak bukak kotak ni dan dah lama tak membaca isinya. Masa aku jumpa ni pun aku tak baca. Benda dah lepas,lagipun sebelum 'hujan turun' lebih baik simpan je kan, =) tapi yang pastinya, semua surat2 yang pernah aku dapat, aku simpan dalam kotak tu. huhu. Lepas ni kena tukar kotak, mana tahu kot-kot abang aku baca post ni, tak ke naya aku kalau die cek kotak tu. haha. buek malu yo. =p

notakakiwangi : agak-agak boipren zaman sekarang bagi surat lagi x? sweetnye kalo ade, teringin nak 1! ade sape-sape nak bagi aku surat cinta? haha

Wednesday, March 16, 2011

Day 8 : Short Term Goals For This Month and Why




short term goal? haha bagi seorang student macam aku ni apelah sangat goalnya selain daripada menyiapkan assignments and kumpul dwet banyak-banyak nak buat kenduri kawen? HAHA

1stly, WAJIB siapkan assignments yang belambak macam harem tu. 

And for sure i have to cut off my  expenses for this month and start savings for my class trip end of this month to Johor and Melaka. *heh ikat perut la aku, nevermind, kurus then i can wear all i want. HAHA*


Yang penting sekali assignments tu. sakit hati betul tengok dia tersengih-sengih kat aku tunggu masa untuk disiapkan. hish!


notakakiwangi : ada siapa-siapa yang nak tolong aku buat kerja rumah? teheee
                  omaigod aku baru buat lapan hari? heh bilelah nak abes benda alah ni?

Sunday, March 6, 2011

:: untitled ::




Do you ever feel already buried deep
Six feet under scream
But no one seems to hear a thing


*google picture courtesy*

monolog : sakitnya memendam perasaan. =.=

Wednesday, March 2, 2011

aku dia kamu dan sugar daddy

*siapa tak tahu sugar daddy tu apa p lah tanya kucing jiran sebelah rumah ke hamsters yang korang bela ke asalkan dapat jawapan sugar daddy tu apa. =p

dulu masa aku sekolah menengah, cikgu BM aku, Cikgu Shuhada suka cerita pasal budak depan bilik dia yang ada sugar daddy. selalu keluar nak merc, naik bmw, beli barang mahal-mahal sedangkan hakikatnya budak tu bukanlah berasal dari family yang senang, apatah lagi kaya raya. lepastu keluarnya pagi baliknya pagi esok dengan pakaian yang tidak sopan. masa tu jugaklah aku asyik terfikir-fikir apalah yang best sangat ada sugar daddy ni. setakat nak duit nak hidup senang, nak menunjuk kat membe yang dia tu berduit tapi merana masa akhirat nak buat apa kan? (dulu aku sekolah agama, wajiblahkannnn aku berfikiran seperti manusia yang paling bertamadun dalam dunia. wakaka) Tapi entahlahkan, mesti orang tu ada alasannya yang tersendiri, manalah tau kot2 dia kena blackmail ke ada masalah lain ke kan? manalah kita nak tahu, huhu.

dapat duit, dapat shopping tanpa had, perempuan mana yang tak suka kalau dihulur kad kredit emas? nak-nak kalau yang jenis kaki shopping, yang jenis suka beli barang branded kompem-kompem la depa ni sume blingbling mata kannnn.

aku pun ada sugar daddy!


siapa lagi kalau bukan abang aku dua orang kat umah tu? tu lah kerja cepat sangat, padan muka selalu kena belanja adik dia yang kaki shopping ni. haha



yang ni sugar daddy nombor dua tapi sumber kewangan yang pertama. haha


* semoga Allah menjauhkan diri aku dan umat Islam seluruhnya dari segala macam godaan syaitan. Amin.