Showing posts with label ::belajaritupenting::. Show all posts
Showing posts with label ::belajaritupenting::. Show all posts

Tuesday, January 1, 2013

Welcome To Senior Year!

Hye.
I am now a senior. *angkat kening*
Nak tulis tu je.

Sincerely :
Newly senior, typing from her hometown instead of her school.

Saturday, November 12, 2011

study atmosphere is everywhere!


study study study!!
everyone in this house just like -weh bosannye study- but still struggling study. hehe. 
(merekamereka memang rajin,kenapalah aku tak rajin macam tu? sobss)
surely not for me. kalau dah mula dengar kpop, mintak maaf, im not studying.
but i pretend to. its a way to comfort myself that im not studying at all. haha
(lepastu bila esok dah nak exam barulah kelamkabut study. *sigh)



ayuhlah study! ;p

notakakiwangi : ohh 2PM dah release lagu baru! tak cika lagi dengan hands up dah ada lagu lain. NICE! =)
notanotakakiwangi : saranghaeyo Nichkhun-oppa! *love*



Thursday, October 28, 2010

ayuh study!


manusia memang mudah lupa diri. samalah macam aku pun. masa free-free dulu sibuk main fesbuk. menghupdate cik puan belog, main game, bepoye-poyelah, keluar sana sini, seumpamanya dunia ini haku yang punya! pastu bila dah nak exam, barulah tekial-kial tekedek-kedek tegedik-gedik study, cari nota n etc. wth?! buruk betul perangai. sila jangan contohi aku oke.

disebabkan cik otak dah laaaaaaaamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat tak bekerja dengan kuat, gigih dan bersungguh-sungguh, maka bila aku hadapkan buku baru 4jam lebih, cik otak da protes nak rehat. pffftt. nyampah tol i. apesalahnya kalau study lama sikit? huh. pastu sibuk pulak nak migrain lah bagai. hii geram betul lah. burn 1 malam xdapat study. cik otak! aku bengang dengan kau nih!! masalahnya kalau hadap pesbuk sampai 7/6 jam larat pulak tu. tengah-tengah migrain pon boleh lagi tahankan semata-mata nak membalas komen-komen.haih!

keadaan bilik toksah cakap la pada saat-saat genting sebegini. besepah! meja lebih-lebih lagi. time ni la baru nak nampak segala macam jenis nota atas meja. kalau tidak, meja tu elok je cik muda lappy duduk. nota-nota homework-homework ISL-ISL dan segala jenis bahan bertulis yang berkait rapat dengan pelajaran, toksah mimpi la nak ada atas meja. betapa goyang kakinya seorang ayuakira. hee~ jom usha sket meja stdy ak..=p


hee bedak sejuk dan bedak johnson baby adalah penghuni tetap meja stdy oke. =) before siap-siap nk pegi mane wajiblah taburkan saja bedak johnson baby kt muka yang kiut miut ni. haha. bedak sejuk pulak wajibla ditepekkan di muka setiap kali terasa seperti jerawat sudah tergedik-gedik mahu menunjukkan diri. ;p 

p/s : rockers mane main pakai concealer la foundation la loose powder la compact powder la, johnson baby sudahla beb! hee~

p/s p/s : sje xmo pakai sbb nti nak kahwin xnaek la seri pengantin aku dah muka asek kena tepek je! ngeh3

p/s p/s p/s : okeh enuf of merepek, marilah kita study!

Monday, October 25, 2010

:: exam schedule ::

xsangka dah dua tahun setengah aku terperap dekat IPGKDRI ni.
xsangka lama jugak aku berfoya-foya kat tganu ni.
xsangka dah masuk deg sem dua.
xsangka tahun depan dah masuk sem tiga. InsyaAllah.
tapi sebelum tu..
exam dulu lah bai. haih. lemah betul la dengan exam2 ni. xboleh buat cara laen ke nak buat penilaian? =.=
minggu depan dah start 1st paper. harap-harapnya musibah xmenimpa seperti ujian akhir kursus (UAK) minggu lepas. sumpah mak taubat! hee~

2 November 2010 - EDU 3103 (MURID DAN ALAM BELAJAR)
10 November 2010 - BMM 3103 (PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEK. RENDAH)
11 November 2010 - BMM 3104 (KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU)
15 November 2010 - PJM 3102 (PERGERAKAN ASAS)

selamat menduduki peperiksaan, Ayu! =)


Friday, September 24, 2010

mane idea??

2 in da morning.

dh tak ade idea nak buat essay math ni. rumet pon da sedap tido. idea! cepatla datang. sikit je lagi ni.

T___________T

Monday, July 26, 2010

Resepi Buat Cik Kimah : Sambal Goreng Ikan Bilis


Huihuihui..

Dah lama tak balik rumah. Huwaaa rindu!!
Rindu mak, rindu along, rindu angah, rindu Daten Nani.
Rindu juga nak memasak. Cewahh macamla pandai sangat masak! Haha.



Duduk rumah harihari masak. Tapi duduk asrama langsung tak boleh masak. Dulu boleh jugak nak pakai rice cooker kalo teringin nak masak, tapi sekarang ni disebabkan peraturan yang semakin ketat ditambah pula dengan kelembutan ketegasan para warden dan barisan penyelia asrama, memang tak ada chance lah nak buat salah. Ngeh3. Jadi secara tidak langsung ia melatih aku untuk lebih berdisiplin. Choii! Poyo gilloss. 

Nak balik rumah! Rindu nak memasak. Biarlah sedap tak sedap mana pon. At least tangan ni digunakan jugak untuk buat keje dapur. Dok sini kejenye un9 jep. Patotlah jemari aku ni kurus bebeno ariari exercise atas keyboard. Kihkihkih.

Jadi harini dengan tidak disangka-sangka, cik Kimah telah bertanyakan aku satu resepi untuk dia masak malam ni. Sebab katanya malam ni turn dia memasak kat umah sewa tu. Macammacam jugak aku bagi nama masakan, tapi semuanya dia rejek tanpa berfikir dua tiga kali. Last-last keluar lah resepi sambal goreng ikan bilis. Wahh sedapnye! Kat sini mana nak dapat masakan tu. Tak dapat de jep! Jadi aku pun bagilah sesimple-simple resepi tu kepada cik Kimah. Mari meninjau sikit resepi simple nih!

*gmbr ni ihsan inchek google*


Bahan-bahan : 

Ikan bilis
Kacang tanah
Lobak Asin (dipotong dadu)
Kentang (dipotong dadu)
Tempe 
Cili kering (dikisar bersama bawang merah dan putih) / cili boh
Asam keping (setengah keping sahaja)

Cara-cara : 
1. Basuh semua bahanbahan tadi secara berasingan. Lobak asin perlu direndam terlebih dahulu supaya rasanya tidak terlalu masin apabila dimakan. 
2. Gaulkan kentang dengan serbuk kunyit sedikit. (fungsinye?? entahlah, dah mak aku buat macamtu aku follow aje.) Hee~
3. Panaskan minyak. Goreng kacang tanah. (tanpa minyak)
4. Goreng kentang dan tutup sebentar kuali dengan penutup supaya kentang cepat empuk.
5. Selepas itu, goreng pula lobak asin, tapi tak payah lama-lama. Dah nampak dia putihputih sikit angkatlah.
6. Seterusnya gorenglah tempe dan ikan bilis tu seperti biasa. Ke tak biasa menggoreng? Haha. No offense. =p
7. Bila semuanya dah siap digoreng, maka kurangkanlah sedikit minyak didalam kuali untuk menggoreng sambal pula. Masukkan cili yang sudah dikisar kedalam kuali. Jangan lupa masukkan asam keping supaya rasa cili itu tak terlalu mentah. Gaulkan ia sampailah warnanya pekat atau kehitaman sedikit.
8. Kemudian masukkan kesemua bahan yang telah digoreng tadi dan gaul rata.
9. Taraaa..dah siap pun. Silalah menjamu selera.

*Kuantitinya ikot suka sendirilah ye. Kalau untuk makan hidangan 4 orang, dua genggam ikan bilis, setengah peket lobak asin, kentang 2 biji, tempe setengah peket dan cili tu ikot lah kesesuain perut si pemakan. Tapi biasanya orang buat untuk hidangan 4 orang 2 sudu besar je.

Selamat mencuba!

[rasanya kalau tak payah resepi pun orang dah tau macam mana nak buat masakan ni. Haha.]

Sunday, July 25, 2010

Bina Insan Guru : Khidmat Masyarakat



Hye people! 
=)

Today is Saturday, tomorrow is Sunday which means i have classes to attend. Haih. I wish the government can give us an extra hols. Barulah best! Haha.

Ada apa dengan hari Sabtu? Oh hari ni pg2 lagi aku dah bangun, seawal jam 6, aku dah terpacak depan pintu bilik air. Oh aku tipu je, pukul 6 alarm baru je bunyik dan aku sedang bermimpi aku menuju ke bilik air. Haha. Tepat jam 7 entah berape pagi, aku dan kengkawan pon mencangak la dekat tempat bas.

Naek bas. Dah lama gila kot tak naek bas. Sem lepas? Masa BIG jugak. That was a long time ago lah. Ok den, macam biasalah, bila dah naik bas, mata pun sayupsayup je mintak tido. Jadi aku dengan selambanya tidur sepanjang perjalanan.

8.45 pagi. Eh dah sampai! Maka setelah sesi bergambar sanasini, kami pon memulakan tugas masing-masing.
Aku bertugas di dalam surau. Oke, surau itu xde la besau mane..macam saiz surausurau yang lain jugak. Tapi ya Allah, penatnye memvakum karpet tu. Lepas vakum, aku sapu pulak manual, pakai penyapu lidi. Saket pinggang toksah cakapla. Rasa cam nak patah pinggang pun ade jugak. Haha. Almaklomlah, mokcik ni dah lame x menyapu kt umah, sumenye cik vakum yg buat. Senang sikit. Ngeh3.

*penatpenat mengemas amek la pix dlu*



*bajet macam budak kampung yg baik la tu haha*


Enuf of that. Oh aku suka bila tiba masa makan! Nasi putih + ikan singgang + ayam goreng + ikan masin + gulai labu + salad + ulam pegaga + timun and not to forget, pembuka selera, SAMBAL BELACAN! =)

H.E.A.V.E.N

Kalo part makanmakan, memang sampai bila pon tak boleh tolak. Jangan tolak rezeki beb. Tuhan tak suke. Ngeh3. Lepas makan, ada sesi motivasi pulak. Haih, memang tak kering gusi dengar Baha bagi ceramah. Seronok!


Itu ini itu ini, petang pon menjelma dan menjemput kami pulang ke maktab. Oh sedih! Makcikmakcik pakcikpakcik adikadik semuanya baik belaka. Rasa sayang nak balik pulak. Huhu. Seronok bergotongroyong tambahan pula dihidangkan dengan masakan kampung yang memang umph! Gwa sayang lu oL lbey la der! =p

Kampung Mak Kemas in memory. Nanti ada masa kami datang lagi!