Tuesday, June 15, 2010

Pasar Besar Seremban

Assalamualaikum w.b.t..
[baik x aku arini mulakan entry dengan salam] kihkihkih

Okelah, harini aku nak cerita pasal Pasar Besar Seremban. Kalau dikira dengan jari, ditambah ditolak dibahagi dan didarab, sudah beberapa tahun aku tak menjejakkan kaki ke Pasar Besar Seremban. Kenapa? Ouh. Simple je. Kerana Senawang sudah lengkap semuanya. Tak perlu lagi untuk aku dan emak membeli belah di Seremban. Zaman sekarang bukan macam zaman dolu-dolu. Apa je nak beli mesti nak kena ke Seremban. Oh tempat yang akan dituju adalah The Store dan keduanya adalah Pasar Besar Seremban. Masa tu belum nak berapa maju lagi Senawang ni. Eheh..




Disebabkan dekat Senawang Bandar Satelit tu takde Takaful Insurans, maka aku dengan emak terpaksalah menapakkan diri ke bangunan di sebelah PBS. Sebabnya nak bayar insurans lah. Adoii! Lepastu, nak balik, boleh pulak mak aku ajak p PBS. Die kata xpatot sungguh kite mem'park'kan kereta dekat parking lot psar tapi x melawat pon die. Tercengang jugak aku. Mak aku ni semakin hari semakin loyar burok macam anak-anak die yang GUMUKS! Haha. 

Aku paling tak suke bila orang tengok aku atas bawah atas bawah macam aku ni some kind of weird looking alien yang just landed on earth! Masuk2 je da kene pandang pelik. Ape? Ingat orang dressing chantekcantek tak reti masak ke? Reti la! [ye aku perasan saje ok. Aku pakai jeans n t shirt lengan panjang + high heels.] Oh heels! tak boley pkai heels ea p pasar?? Lantaklah, adepulakakukesah?? haha

Mak aku dengan semangatnya berhasrat untuk masak ikan tenggiri. Kenapa bukan parang? Sebab along aku tak suke ikan parang. Tapi tulah, tenggiri bunga je yang ada, mak aku tak suka sebab tenggiri bunga tu lembut sikit dari yang tenggiri biasa. 


*gmbr ni xde kne mengene ngn ikan tenggiri ye*



*ini juga bukan ikan parang o tenggiri*

B4 balik, aku sempat menyeberang jalan besar dengan harapan dapat membayar duit PTPTN angah aku yang dah due bulan aku lupe nak bayar. [bayar pakai duit die, banyak pulak duit aku nak membayarkan..kihkihkih]. Untuk melintas dengan selamatnya, aku pon pergilah dekat zebra crossing tu. Wahh!! Acik..oops abang guard yang tolong jaga traffic light sgt hensem! [dengan nada penuh kegedikkan sebab abg guard sgt hensem!]

Masuk dalam Maybank.

Ouh.Oke.Perlu keluar. Terlalu ramai.

Weyhhh apakah yang kamu manusia2 ini buat pada hari bekerja [selasa 15 jun 2010] di Bank? Tak pergi office ke korang semua ni?? Dahlah masa nak datang sini pon bukan main lagi jammed jalan. Macam jammed dekat Bandar Melaka. Nasib baik jalan dekat Seremban ni besar sikit dari jalan kt Melaka. Tapi, jammed jugak. Haih. Pergi kerja oke? Buat apa atas jalan raya pada pukul 11 tengah hari? Lunch time pukul 12 oke?


Gambar ni nampak x bz sebab, kereta baru je jalan. Berpusu-pusu macam kambing kena halau masuk kandang. Ngeh3. Yep2 dibelakang aku ada abg guard yang ensem sedang tercengang-cengang melihat aku snap pix kereta2 ni. Kalau kereta BMW sport ada baik jugak nak di snap. Ouh mungkin tu lah yang dia kata dalam hati. Haha.


Monday, June 14, 2010

:: kecantikan adalah hak milik setiap insan ::

Haih.Aku geram betul dgn manusia-manusia yang suke merendahkan orang. Maksud aku bukanlah menjadikan diri mereka rendah ye. haha.

Tuhan telah menjadikan setiap manusia ciptaannya sebaik mungkin. Indah dan cantik bukan dari satu sudut sahaja. Kau, aku, dia, mereka. Mungkin kita tak mempunyai rupa paras yang menawan macam Maya Karin, kita tak ada body yang hot macam Angelina Jolie, pakwe yang hensem macam Brad Pitt, ketinggian macam Nicole Kidman. Tapi aku sangat pasti kita ada keistimewaan kita sendiri, mungkin xdapat dilihat dengan mata kasar. Ada orang yang mukanya mungkin x seindah Lisa Surihani, tapi budi bahasanya macam wanita Melayu terakhir. Mungkin x se hot Inul, tapi murah dengan senyuman.

source : google image

Biar muka xlawa, tapi hati InsyaAllah baik. Itulah yang kita cari! Bukannya muka lawa + body hot macam Kim Kardashian tapi perangai, Nauzubillah! Mintak dijauhkan Tuhan. Bukanlah aku nak kata aku ni baik sangat, tapi betul ni, aku sangat tak suka dengar orang kata macam ni : 


"Eh, muka dia banyak jerawat! Macam mana boleh dapat pkwe hensem??"
"Alah x heran, aku lagi lawa dr die."
"Pkwe kurus, awek gemok. Tak malu ke?"


Haila..macam-macam lagilah. Tak payah aku tulis, mesti korang yang baca [kalau ade yang baca lah haha] dah tau kan ayat-ayat lazim macam ni? Kot ye pon nak ngumpat, dalam hati sudahlah jep. Tak payahlah sampai nk cakap kuat-kuat kat public. Tu namanya menjatuhkan air muka orang. Cuba kalau orang cakap macam tu dekat kau depan-depan public? [oh maaf, bukan public phone ye]. Malu kan? Terasa macam maruah diri diinjak-injak ke tanah.

Kadang-kadang mulut memang sedap mengata, tapi cuba kita mirror ourselves. Kita kata muka die banyak jerawat. Entah-entah muka kita yang berkata ni pon sama saja 2x5 jerawatnya. Kita kata dia gemuk, tgk la perut masing-masing, tak ada spare tyre ke? Dia xcantek tapi pkwe hensem, eeh? Kau yang berkata tu ada pulak pakwe? Sebab tu lah orang selalu berpesan, sebelum berkata-kata fikirlah dulu. Our words might hurt others. Kita sangat sensetif bila ada orang mengata kita, menegur kita, tapi pernahkah kita fikir bila kita mengata orang, menegur orang, orang tu pun berperasaan yang sama?

*Semua apa yang telah aku carutkan diatas adalah peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa yang membaca. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita. Aku pun mengumpat jugak. Haha. Sebab aku tak sempurna.*

oh bola

B.O.L.A
bes ke bola?
dulu ak slalu je tertanye2..
pekejadahnye yang best dekat game bola?
xke mcm hampagas je bile sume org keja2 1 bijik bola?
tp bile aku pk balik..
ape2 je permainan yang melibatkan bola,,tak kire lah bola jaring ke bola pingpong ke n so on..
sumenye same..craving after a ball..
useless ball? haha aku tak tahu..
tapi bile ak tgk2 balik..best rupenye tgk bola ni..
kdg2 jd seronok pulak dpt sorak2 bile team kite gol..
oh best!
tgk bola t.i.m.e.t.e.n.s.i.o.n lg best..
skali sorak abes sume y terbuku kat dada keluar..
haha



*oh GERMAN suda mng dgn australia mlm td! aku suke! Hee~~

Saturday, June 12, 2010

BF

"im not ur BF.."
"ouh yeke? oke den u oso can b my hubby. nak x?"

 ade x org yang berani ckp mcm ni dkt crush die?
tabik spring r kalo berani..
kalau aku yang cakap..komfem!
komfem die kate aku gile..
dalam ati aku nak jawab mcm ni..

"aah...gile dekat kau."

wakaka