Showing posts with label ~akuyangsukemerepek~. Show all posts
Showing posts with label ~akuyangsukemerepek~. Show all posts

Thursday, September 16, 2010

from kepayang to SAINS with love


contohilah aku yang sungguh baek hati menemani cik kakak yang terpaksa standby kerana paip empangan terip telah pecah. pecahlah selalu supaya sains akan menggantikan semua paip-paip lama dari JBA. bila dah habis tukar semua mesti tak adalah selalu sangat paip pecah. ini tidak, asal aku borak dengan cik kakak je mesti ada je cerita pasal paip pecah. nak jugak aku dengar dia cakap "eh u tau, masuk bulan ni dah dua tahun tak ada paip pecah." oke itu tak mungkin. cik kakak xsampai setahun pun bekerja dengan sains. haha

tapi macam oke jugaklah sebab semenjak aku darjah dua taman perumahan aku dah jarang-jarang sekali kena catu air atau ada masalah-masalah air yang seumpama dengannya. kalau dulu masa aku kecik-kecik, petang-petang mesti kerja aku menunggu lori air JBA datang hantar air. lepastu mandi la teruskan alang-alang dia curah air tu. jimat sikit air yang kami tadah. haha

* cik kakak bekerja di dalam sana. oh ofis die sejuk dan bilik PTK nye banyak wayar. 


sejak-sejak cik kakak bekerja di sains, aku pulak yang jadi tau menghargai air. cik kakak tak usah cakaplah, lebih-lebih menghargai air. menurut cik kakak, kalau aku tahu macam mana air di proses untuk di salurkan ke rumah-rumah, mesti aku tak tergamak pun nak minum air tu. oke smpai situ je. sebab aku tak nak tau. kang naya pulak aku tak minum air, mati kehausan pulak aku en? aku belum kahwin lagi. (takde kena mengene langsung) haih =.=

oh dah pukul 4 pagi. sudah mula boring. =.=
what to do eyh dear?
evrybody dah tido.

cik kakak dan cik kawan kakak sedang berbual/bergosip/mengumpat (agaknyelah, aku tak dengar pun hehe..n few mins later dowg pon tdo la jgk, tinggal la aku terkebil-kebil seperti pak guard yang menjalankan tugas dengan amanah dan begitu berdedikasi. hakktuii) aku pulak sebok depan lappy kepunyaan cik kakak menghupdate blog yang takde org baca ni..ngeh3..da la, malas da nak taip-taip lagi. kang aku termengumpat pulak. haha

:: with love ::
mrs...eyh salah
miss ayumi
=p

Saturday, August 7, 2010

hey u! i luv u! =)

saya suke fb. sebab fb da menemukan saya dengan kawankawan sekolah lama. sebab fb jugak sy kenal dengan pakcik, fai'zah raziqin dan jie. =D

kawan2 saya hebat.sebab mereka sgt memahami.selalu ada bila saya nak mencurahkan segala kekusutan dalam hati dan dalam jiwa.kalau x mesti saya dah gila sebab simpan sorangsorang dalam hati.haha.

tengkiu!

oh minggu ni minggu jiwe kacau sedunie ke? kenapa aku rasa most of my friends mengalami tekanan perasaan akibat chenta? due tige minit ak letak fon ade je pulak yg kol nk kongsi rasa hati dgn aku. haih kawan. sungguh aku terharu sebab korang masih igt lg pada aku yg perasan nk jadi Dr. Luv ni..haha.

wahai kawankawan sekalian.putus cinta adalah perkara biasa bg remaja remaji macam kite ni.aku pun pernah putus cinta. sape kate senang nak handle. sungguhla, almost 3 years menangisi si dia yang sekelumit pun x ingat aku.oh wut a waste!

kawankawan.memang perit putus cinta,tapi sabar jela ea? kite kne move on.bunuh diri bukan caranya nak selesaikan mslh hati.daripada elok2 putus cinte je terus dpt dosa sbb bunuh diri.diri sendiri dah tentutentu la banyak dosa,lagi mahu tambah.honti an yola kalo ado yg nk bunuh diri.nambah an doso yo buek apo?

move on babe.move on.clash mungkin sebab Tuhan nak tunjuk bahawa si dia tu bukan jodoh kita.lebih baik clash skrg daripada bercerai-berai kemudian ari.kan? 

n pliz do remember.everything happens for reason.maybe there's sumone waiting for u n maybe they are the right person for u.

Wednesday, July 14, 2010

analogi kasut tumit tinggiku =)

Howdy people!
=)

Nk tnye sikit!
Korang pernah tak memperumpamakan hidup korang dengan benda2 sekeliling korg?
Hmm..haritu, masa aku tengah menulis cerita ceriti, tiba-tiba sahaja aku terDAPAT satu masalah. Masalah datang tiba-tiba, biasalah tu kan. Tak pernah pulak masalah bagi signal or hint apa-apa sebelum dia nak datang kan? Haha.



Nak dijadikan cerita, masa tu pulak aku baru je lepas membeli belah kasut tumit tinggi. Pastu masalah pun datang. Ouh, bukan masalah duit ye kawankawan. Hee.

Terus je aku terfikir, kadang-kadang hidup aku ni macam kasut tumit tinggi lah pulak. Luarannya nampak sangat cantik. Tapi siapa tahu kesengsaraan si pemakai kasut tu kan? Tipulah bila ada orang kata pakai heels tu selesa. Tipu gila! Aku pemakai heels tegar sejak aku tadika ok! Dari heels2 yang murahmurah sampailah yang mahalmahal aku dah pernah pakai. Oh bukan aku yang beli, orang yang bagi. Haha.

Back to the topic, pakai kasut tinggi memang menyakitkan. 1 jam pertama mungkin masih ok. Masuk jam yang kedua, senyum pun tak habis sebab tahan sakit kaki ataupun tahan penat. Masuk jam yang ketiga? Muka kaw memang dah plastik habislah. Nak shopink pon tak jadi. Haha.

Tapi aku masih juga memakai heels! Kenapa? Nampak lah tinggi sikit, hikhik. Tapi pada pemakai wedges tegar, memang jarang ada yang mengeluh penat, sebab apa? Sebab tapak wedges yang penuh membantu kaki kita berdiri dengan stabil dan tapaknya yang penuh tu boleh menampung keseluruhan berat badan kita berbanding dengan kasut bertumit. Alah macam belajar sains, lagi lebar tapak permukaan, lebih stabil sesuatu benda itu kan? See..so simple! =)

yang ni dinamakan wedges ye kawankawan
*ciss mcmlah org xtau..haha

Bagi perempuan seperti aku yang sememangnya TINGGI, memanglah aku prefer pakai heels atau wedges. aku tak kisah sangat. Tapi kalau nak jalan jauhjauh memang aku prefer wedges lah. Selesa! 

yang ni heels ye kawankawan
kasut kuliah sy mcm nilah, tp kdg2 je pakai. Hee~

Jadi macam tulah kehidupan pada aku. Kita mungkin dapat menutup kedukaan dan kesengsaraan kita dari mata kasar orang sekeliling. Tapi tak mungkin kita dapat membohongi diri sendiri tentang kesakitan yang bersarang dalam diri. Kan kan kan?

=)

Friday, June 18, 2010

carutanmerepek



SAYA AKAN GEMBIRA TENGOK AWAK BAHAGIA

Selalu tak dengar ayat ni? Aku rasa dah x boleh nak kira dengan jari berapa banyak kali aku dengar ayat ni. And yes! Aku pun pernah menuturkan ayat yang sama. Bila kita akan menuturkan ayat ni? Kita banyak cakap ayat tu sebenarnya. Dekat family, kawan-kawan tapi yang paling obvious skali dekat ex kita lah kan? Hehe.

Tapi sedar tak sebenarnya apa yang kita cakap tu kadang-kadang tak seiring dengan rasa hati kita? Kadang-kadang kita cakap macam tu sebab nak senangkan hati sendiri je. Tak pon sebab nak senangkan hati ex kita tu. Taknak kasi dia rasa bersalah sangat. Siyesly, masa aku cakap macamtu, memang aku tak ikhlas langsung! Sangat perit oke melihat orang yang kita sayang, yang kita cinta separuh mati sedang berbahagia dengan orang lain. Oops! Bukanlah maknanya aku tak suka dia happy, tapi perasaan dalam hati tu memanglah ada sedikit kecewa. Sebab dulu kita yang berimpian untuk hidup bahagia macam tu DISAMPING DIA. Bukannya dia disamping ORANG LAIN. Ouh sungguh perit oke. Kadang-kadang terasa tak boleh nak terima pon ada jugak.

Dalam perspektif aku lah kan, tak ada orang yang betul-betul ikhlas bila cakap macam tu dekat ex mereka. Kenapa? Sebabnya selagi ada perasaan iri hati, jeles n so on, memang kita tak maksudkannya. aku tak main belasah cakap je ea. Aku dah buat kajian keatas kawan-kawan aku. Hee~ Dan kebanyakkannya memang seperti apa yang aku carutkan kat sini.


Contoh paling mudah! Bukak sahaja wall pesbuk inchek/cik ex, nampak lah pulak dia berasmara dana, bergumbira dan bergelak ketawa bersama-sama cik/inchek lover yang baru. Yosh! Jantung kau kompem berdegup 200km/j. Ahahaha. Kalau yang perempuan, maun moleleh air mato dibuek ea.

Nasihat kepada diri sendiri.
1) Get rid of them. They worth notink from u!
2) Let them happy. So do u. 
3) Live ur life as always. Open up ur heart for others.
4) Dun bother their pesbuk wall, maspace, friendster n so on.
5) They doesnt care! So u oso dun hv to care.
6) They didnt remember u. Dun even remember them!
7) Dah takdo jodoh jep. Apo buleh buek..
8) Throw away all of the gifts u got from them. Keep it away from ur eye sight.
9) In da mean time, stop listening to melodramatic music as if it can brought u to the memories.
10) Allah is Great! Minta pertolongan dengan Dia. InsyaAllah.

picture source : google image

Monday, June 14, 2010

:: kecantikan adalah hak milik setiap insan ::

Haih.Aku geram betul dgn manusia-manusia yang suke merendahkan orang. Maksud aku bukanlah menjadikan diri mereka rendah ye. haha.

Tuhan telah menjadikan setiap manusia ciptaannya sebaik mungkin. Indah dan cantik bukan dari satu sudut sahaja. Kau, aku, dia, mereka. Mungkin kita tak mempunyai rupa paras yang menawan macam Maya Karin, kita tak ada body yang hot macam Angelina Jolie, pakwe yang hensem macam Brad Pitt, ketinggian macam Nicole Kidman. Tapi aku sangat pasti kita ada keistimewaan kita sendiri, mungkin xdapat dilihat dengan mata kasar. Ada orang yang mukanya mungkin x seindah Lisa Surihani, tapi budi bahasanya macam wanita Melayu terakhir. Mungkin x se hot Inul, tapi murah dengan senyuman.

source : google image

Biar muka xlawa, tapi hati InsyaAllah baik. Itulah yang kita cari! Bukannya muka lawa + body hot macam Kim Kardashian tapi perangai, Nauzubillah! Mintak dijauhkan Tuhan. Bukanlah aku nak kata aku ni baik sangat, tapi betul ni, aku sangat tak suka dengar orang kata macam ni : 


"Eh, muka dia banyak jerawat! Macam mana boleh dapat pkwe hensem??"
"Alah x heran, aku lagi lawa dr die."
"Pkwe kurus, awek gemok. Tak malu ke?"


Haila..macam-macam lagilah. Tak payah aku tulis, mesti korang yang baca [kalau ade yang baca lah haha] dah tau kan ayat-ayat lazim macam ni? Kot ye pon nak ngumpat, dalam hati sudahlah jep. Tak payahlah sampai nk cakap kuat-kuat kat public. Tu namanya menjatuhkan air muka orang. Cuba kalau orang cakap macam tu dekat kau depan-depan public? [oh maaf, bukan public phone ye]. Malu kan? Terasa macam maruah diri diinjak-injak ke tanah.

Kadang-kadang mulut memang sedap mengata, tapi cuba kita mirror ourselves. Kita kata muka die banyak jerawat. Entah-entah muka kita yang berkata ni pon sama saja 2x5 jerawatnya. Kita kata dia gemuk, tgk la perut masing-masing, tak ada spare tyre ke? Dia xcantek tapi pkwe hensem, eeh? Kau yang berkata tu ada pulak pakwe? Sebab tu lah orang selalu berpesan, sebelum berkata-kata fikirlah dulu. Our words might hurt others. Kita sangat sensetif bila ada orang mengata kita, menegur kita, tapi pernahkah kita fikir bila kita mengata orang, menegur orang, orang tu pun berperasaan yang sama?

*Semua apa yang telah aku carutkan diatas adalah peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa yang membaca. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita. Aku pun mengumpat jugak. Haha. Sebab aku tak sempurna.*

Saturday, June 12, 2010

BF

"im not ur BF.."
"ouh yeke? oke den u oso can b my hubby. nak x?"

 ade x org yang berani ckp mcm ni dkt crush die?
tabik spring r kalo berani..
kalau aku yang cakap..komfem!
komfem die kate aku gile..
dalam ati aku nak jawab mcm ni..

"aah...gile dekat kau."

wakaka

Sunday, February 28, 2010

:: friendship ::

im glad!
Mr. I have found his princess charming.
but somehow..
i felt im losing something.
maybe..
im losing my friend.

its normal

when you got gf/bf..
all your world is about them..
i used to be like that, dulu lah..
[jadahnya aku warnawarnikan world tu?? sukehatiakula..entri aku kn??]
haha

whatever u do..
they'll across ur mind without u realize it..

but sometime..
it do make others sick of it..
we ought to know that u're in love with them..
but u really really dont have to show it millions of times!
we know it already..
and..thank you for reminding it to us TONS of times.

we can hear ur story bout them..
its oke..
we dont care at all..
tak kesah...boley cite..no hal la~
but when it comes to..
EVERY SINGLE MINUTES
wut the heck??
do u really think its a pleasure to hear that same old story?
so sorry..
we dun have guts to hear that every single minutes..

"ohhh Tuhan..bile boley berenti ni??"

that is wut was my heart says whenever im facing such situations.

borink la..
orang lain pun nak bercerita jugak..
i hear u..
u hear me..
we hears them..
its fair enough rite?

but to be true..
sometimes we dont see things like others see it..
maybe they just dont realized that they have repeated the same old story..
that they have make people annoys of every single minutes of boyfie stories..
well..
biaukan je le..
kang satu ari bile kau ade boipren..
entah-entah kau pun same je mcm die..
sabau je le kiah oii..
ni time die..
kang da tibe time ko..
ko kongsi-kongsi la cte boyfiehood dgn die..
^_~
*ceritainiadalahrekaansematamatadantakberadadibawahpengaruhalkoholdansebagainyajugatidakmelibatkanpengalamansendirisebabakuredhajebilaorangbuatginikataku*