*siapa tak tahu sugar daddy tu apa p lah tanya kucing jiran sebelah rumah ke hamsters yang korang bela ke asalkan dapat jawapan sugar daddy tu apa. =p
dulu masa aku sekolah menengah, cikgu BM aku, Cikgu Shuhada suka cerita pasal budak depan bilik dia yang ada sugar daddy. selalu keluar nak merc, naik bmw, beli barang mahal-mahal sedangkan hakikatnya budak tu bukanlah berasal dari family yang senang, apatah lagi kaya raya. lepastu keluarnya pagi baliknya pagi esok dengan pakaian yang tidak sopan. masa tu jugaklah aku asyik terfikir-fikir apalah yang best sangat ada sugar daddy ni. setakat nak duit nak hidup senang, nak menunjuk kat membe yang dia tu berduit tapi merana masa akhirat nak buat apa kan? (dulu aku sekolah agama, wajiblahkannnn aku berfikiran seperti manusia yang paling bertamadun dalam dunia. wakaka) Tapi entahlahkan, mesti orang tu ada alasannya yang tersendiri, manalah tau kot2 dia kena blackmail ke ada masalah lain ke kan? manalah kita nak tahu, huhu.
dapat duit, dapat shopping tanpa had, perempuan mana yang tak suka kalau dihulur kad kredit emas? nak-nak kalau yang jenis kaki shopping, yang jenis suka beli barang branded kompem-kompem la depa ni sume blingbling mata kannnn.
aku pun ada sugar daddy!
siapa lagi kalau bukan abang aku dua orang kat umah tu? tu lah kerja cepat sangat, padan muka selalu kena belanja adik dia yang kaki shopping ni. haha
yang ni sugar daddy nombor dua tapi sumber kewangan yang pertama. haha
* semoga Allah menjauhkan diri aku dan umat Islam seluruhnya dari segala macam godaan syaitan. Amin.
2 comments:
ooo. cik ayu ni ade sugar daddy ek. grr~
haha ade2! due org~ =p
Post a Comment